Arah aliran makroekonomi Ekonomi_Thailand

Yang berikut ialah jadual arah aliran Keluaran Dalam Negeri Kasar Thailand pada harga pasaran yang dianggarkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa, dengan angka-angkanya dalam juta baht Thailand.

TahunKDNKPertukaran Dolar ASIndeks Inflasi (2000=100)
1980662,48220.47 Baht41
19851,056,49627.15 Baht53
19902,191,10025.58 Baht64
19954,186,21224.91 Baht81
20004,922,73140.11 Baht100
20056,924,27341.02 Baht111

Untuk pembandingan pariti kuasa beli, dolar Amerika Syarikat hanya ditukarkan pada kadar 12.34 baht.

Sebelum Krisis Kewangan Asia, ekonomi Thailand menikmati pertumbuhan berpuncakan sektor perkilangan sebanyak 9.4% pada puratanya bagi dekad sehingga 1996. Tenaga buruh dan sumber semula jadi yang agak banyak dan murah, dasar fiskal yang konservatif serta dasar pelaburan asing yang terbuka, dan penggalakan sektor swasta mendasari kejayaan ekonomi pada sepanjang tempoh sehingga tahun 1997. Ekonomi Thailand pada dasarnya merupakan sebuah sistem perusahaan bebas. Sebilangan perkhidmatan seperti penjanaan kuasa, pengangkutan, dan komunikasi dimiliki dan dikendalikan oleh negara, tetapi kerajaan Thailand kini mempertimbangkan penswastaannya, ekoran daripada krisis kewangan.

Kerajaan Diraja Thailand mengalu-alukan pelaburan asing dan para pelabur yang sanggup mempenuhi syarat-syarat yang tertentu boleh memohon untuk mendapat hak istimewa pelaburan yang khas melalui Lembaga Pelaburan Thailand. Untuk menarik lebih banyak pelaburan asing, kerajaan Thailand telah mengubah suai peraturan-peraturan pelaburannya.

Gerakan buruh terancang Thailand masih berada di dalam keadaan yang lemah dan pecah belah, dengan hanya 3% daripada tenaga buruhnya menyertai kesatuan sekerja. Pada tahun 2000, Akta Perhubungan Buruh Perusahaan Pihak Kerajaan (SELRA) diluluskan dan memberikan kakitangan sektor awam hak yang serupa dengan pekerja sektor swasta, termasuk juga hak untuk menyertai kesatuan sekerja.

Lebih kurang 60% daripada tenaga buruh Thailand bekerja dalam sektor pertanian. Padi merupakan tanaman yang paling penting; Thailand ialah pengeksport utama dalam pasaran beras dunia. Komoditi-komoditi pertaniannya yang lain termasuk ikan dan hasil-hasil perikanan, ubi kayu, getah, bijian, dan gula. Eksport makanan proses seperti tongkol dan nanas tin, serta udang sejuk beku semakin bertambah.

Sektor perkilangan Thailand yang semakin dipelbagaikan telah memberikan sumbangan yang paling besar kepada pertumbuhan semasa ledakan ekonomi. Industri-industri yang mencatat pertumbuhan pengeluaran yang pesat termasuk komputer dan elektronik, pakaian dan kasut, perabot, keluaran kayu, makanan tin, mainan, keluaran plastik, batu permata, dan barang kemas. Keluaran-keluaran teknologi tinggi seperti litar bersepadu dan komponen elektronik, alat elektrik, serta kereta kini memandu pertumbuhan eksport Thailand yang kukuh.